Penerbitan One Cent Thief

One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada dekad 1990-an dan menampilkan kelainan berbanding naskhah lain kerana membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.[8]

Ia merupakan hasil ciptaan serta ditulis oleh Alfie Palermo yang turut mencipta dan menulis siri Dukun Diva. Alfie berkata mengenai drama ini:

"Idea menghasilkan drama premium ini tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua."[9]

Drama ini kembali menggandingkan Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas 6 tahun sejak kali pertama berlakon bersama menerusi drama Married Tapi Benci.

Rujukan

WikiPedia: One Cent Thief http://www.imdb.com/title/tt20852220/ https://www.farhanajafri.com/2022/10/astro-origina... https://gempak.com/berita-terkini/imej-seksi-dikri... https://gempak.com/rojakdaily/entertainment/one-ce... https://kitareporters.com/gaya/3YaO77Rgax https://www.myinfotaip.com/2022/09/one-cent-thief.... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/10/889058/cukup... https://www.hmetro.com.my/utama/2022/08/870718/azi... https://www.kosmo.com.my/2022/10/05/bukan-rimas-ta... https://www.utusan.com.my/gaya/2022/10/one-cent-th...